Isnin, 18 Januari 2016

SEMINAR PEMASARAN AGROMAKANAN BERSAMA IRFAN KHAIRI

Assalamualaikum dan selamat pagi .

Pada Sabtu , 17 januari 2016 di Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur telah diadakan " SEMINAR PEMASARAN AGROMAKANAN BERSAMA IRFAN KHAIRI " 

Disitu berkumpulnya semua usahawan-usahawan yang dari pelbagai negeri antaranya Selangor, Johor , Terengganu, Pahang , dan pelbagai negeri lagi . Disitu juga para usahawan membawa produk-produk mereka . Ada Hidayah Cookies, Sambal Hitam menangis, Sambal Ikan Bilis , Cookies , Kek dan pelbagai produk lagi yang dibawakan .

Di dalam dewan bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang diberi penerangan tentang pemasaran .

Disini dapat banyak ilmu yang diperoleh antaranya macam mana nak buat pelawat kenal akan produk kita . Okay untuk make sure orang kenal produk kita , biarlah orang senang nak sebut kita punya produk . Dengan pengulangan huruf , colour yang betul . Design yang mudah difahami . Dan jelas produk kita itu APA ? Apa yang perlu dibetulkan dari cara promosi kan produk kita .

Jika hendak buat promosi di laman sosial contoh di facebook gunakan nisbah 9:1 
ia itu dengan memperkenalkan produk kita sebanyak 9 kali dan 1 kali promosi , kurangkan kekerapan kita untuk promosi sebab di facebook tak semuanya orang mahu membeli , tapi sekiranya nak membeli boleh direct call . 

DIRECT CALL HIDAYAH COOKIES UNTUK TEMPAHAN 013-3638708

hee , jangan lupa macam macam tempahan boleh dibuat .

Di situ di beri penerangan bagaimana untuk mengkaji berapa pelawat yang inginkan produk yang mereka buat research , kita boleh tahu berapa banyak kuantiti yang pelawat cari . Iaitu dengan cara yang lebih spesifik , contoh cookies . Cookies itu secara umum , Cookies Chip Coklat ini lebih spesifik .

Penerangan macam mana nak bawa kita punya laman web ke page yang pertama , banyak penerangan yang di jelaskan .


Di seminar bersama icon IK , yang menerangkan banyak tentang pemasaran online . Bersama Puan Sarimah dari Hidayah Cookies .


Terima kasih Irfan Khairi yang banyak memberi pendedahan tentang online marketing dan lebih banyak tentang IT terima kasih banyak banyak .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan