Isnin, 29 Januari 2018

Lawatan daripada PPK Muar Selatan!!

Assalamualaikum semuaa selamat pagi salam sejahtera dan salam 1 Malaysiaaa!! :D

Harini saya nak bercerita tentang lawatan kedua kami yang bertarikh 24 Januari 2018 dimana satu rombongan daripada Johor iaitu PPK Muar Selatan telah datang untuk melawat kilang Hidayah Cookies. Seramai 40 orang warga berperingkat dewasa telah datang dan kami menyambut mereka dengan ucapan selamat datang.

Pada awal program itu kami menyertakan pembuka bicara dengan ucapan dan alunan pantun kepada mereka memandangkan mereka seronok untuk mendengar dan seterusnya dilangsungkan dengan ucapan daripada pemilik syarikat Hidayah Cookies iaitu Puan Sarimah Jantan. Puan Sarimah telah menerangkan kebangkitan, biodata dan usaha beliau dalam terus memajukan lagi pasaran biskut, dodol, roti dan kek untuk menempuh ke luar pasaran yang semakin sengit sekiranya tiada usaha yang berterusan.

Kunjungan daripada PPK Muar Selatan itu kami sangat hargai dan berharap semoga dengan adanya lawatan seperti ini dapat lagi memajukan hasil produk tempatan kita.

Mari kita lihat gambar-gambar yang diambil yee :)




                 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan